Tuesday, 19 April 2011

Terjemahan (3:84-85) , (18:110)

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

84.Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim(Abraham), dan lsmail(Ishmael), dan Ishak(Isaac), dan Yaakub(Jacob), dan keturunannya, dan kepada apa (Kitab-kitab) yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa(Moses) dan Isa(Jesus), dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".

85.Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
Terjemahan (3:84-85)
                                                                                                                                               

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu..."
Terjemahan (18:110)

No comments:

Post a Comment