Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
2. Segala pujian bagi Allah, Tuhan (Yang Mentadbir dan Memelihara) sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
4. Yang Menguasai Hari Pembalasan.
5. Hanya Engkau (Allah) kami sembah, dan hanya Engkau kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah(Guide) kami atas jalan yang lurus.
7. Jalan orang-orang yang telah Engkau memberi nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Terjemahan (1:1-7)
(Berkata Isa/Jesus kepada Bani Israil) "...Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".
Terjemahan (3:51)
Petunjuk Al-Kitab
"Wahai sekalian manusia! Sembahlah/Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa." (2:21)
Tuesday, 19 April 2011
Terjemahan (5:72-77)
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
72. Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih(Isa/Jesus) Ibni(anak) Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
73. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
74. Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya. Padahal Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
75. Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan, kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan.
76. Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
77. Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"

Terjemahan (18:1-5), (19:35-36), (2:116-117), (21:26)
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
1.Segala pujian bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya, Al-Kitab, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
2. Sebagai bimbingan yang lurus; untuk memberi amaran akan azab yang berat di sisi Allah dan berita gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik
3.Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
4. Dan (Al-Kitab itu) memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
5. Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang DUSTA
Terjemahan (18:1-5)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
(Isa/Jesus berkata) "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia; Inilah jalan yang betul - lurus ".
Terjemahan (19:35-36)
-------------------------------------------------------------------------------------
Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
Terjemahan (2:116-117)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan mereka (yang musyrik) berkata: "Ar-Rahman(Yang Maha Pemurah - Allah) mempunyai anak". Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu seperti Nabi Isa / Uzair / Para Malaikat) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.
Terjemahan (21:26)

Terjemahan (5:17-18)
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
17. Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih(Isa/Jesus) Ibni/anak Maryam katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
18. Orang-orang Yahudi dan Nasrani/Kristian berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? Bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakan-Nya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya , demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali"

Terjemahan (5:116-120)
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
116. Dan (ingatlah) ketika Allah (akan) berfirman (pada hari Akhirat): "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
117. "Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu '
dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu. "
118. "Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
119. Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".
120. Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Terjemahan (112:1-4)
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Rabb yang bergantung kepada-Nya segala urusan. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya"

Terjemahan (3:84-85) , (18:110)
Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
84.Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim(Abraham), dan lsmail(Ishmael), dan Ishak(Isaac), dan Yaakub(Jacob), dan keturunannya, dan kepada apa (Kitab-kitab) yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa(Moses) dan Isa(Jesus), dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".
85.Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
Terjemahan (3:84-85)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu..."
Terjemahan (18:110)

Subscribe to:
Posts (Atom)