Tuesday, 19 April 2011

Terjemahan (5:17-18)

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang


17. Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih(Isa/Jesus) Ibni/anak Maryam katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

18. Orang-orang Yahudi dan Nasrani/Kristian berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? Bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakan-Nya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya , demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali"

No comments:

Post a Comment